ABDULRAZAK GURNAH
ABDUL
RAZAK GURNA
H
Hadiah Novel merupakan penganugerahan bagi mereka yang telah melakukan penyelidikan yang pertama kalinya, telah mencipta teknik atau cara yang luar biasa atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Hadiah Novel yang umumnya akan dianugerahkan pada setiap tahun dalam beberapa-beberapa kategori. Sebagai contoh, kategori hadiah-hadiah Novel ialah Hadiah Novel dalam Kesusasteraan, Hadiah Novel dalam Kimia, Hadiah Novel dalam Fisiologi atau Perubatan dan Hadiah Keamanan Novel. Hadiah Novel dalam Kesusasteraan merupakan pernghargaan tahunan dan dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang telah menghasilkan karya yang idealistik yang paling hebat dalam bidang kesusasteraan. Akademi Sweden pada setiap tahun akan memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober.
Hadiah Novel kategori sastera dimenangi oleh Abdulrazak Gurnah pada tahun 2021. Hal ini patut dibanggakan oleh segenap umat Islam. Hasil karya beliau sangat berbeza dengan Muslim yang lain. Karya-karya beliau juga dianggap sebagai satu karya yang berketepatan dengan arus kemodenan pada hari ini dan karyanya juga telah mendapat tempat dalam kalangan umat Islam kini. Abdulrazak Gurnah yang merupakan pengarang yang berasal dari dari Arab Zanzibar dan lahir pada tahun 1948. Beliau mendapat pendidikan sastera Arab dan fasih dalam syair dan prosa Islam klasik iaitu Hikayat Seribu Satu Malam dan juga turut menguasai kisah-kisah nabi dalam Al-Quran. Beliau diberi kesempatan semasa penganugerahan ini dengan merakamkan ucapannya dalam satu video sehingga kata-katanya banyak menyentuh hati semua orang.
Menurut Abdulrazak Gurnah, melalui penulis dapat menggembirakan hatinya dan menjadi satu kepuasan diri. Sejak dari alam persekolah lagi beliau telah aktif melatih diri untuk menulis dan menjadi penulisan itu suatu yang biasa dilakukan oleh beliau. Hasil penulisan beliau berdasarkan pelbagai cerita dalam fikirannya iaitu imaginasi beliau yang sangat kreatif dan unik. Justeru itu, beliau merasakan melalui penulisan ini membuatkan beliau berasa amat menyoronokkan dan menjadi satu kepuasan dalam dirinya. Sewaktu beliau bergelar seorang pendidik, beliau cuba cetuskan semangat ini dalam diri para pelajarnya. Beliau telah berkongsi satu petikan puisi yang bertajuk ‘The Best of School’ dari karya D.H. Lawrence.
Pemberontakan ganas telah berlaku di negaranya pada tahun 1964 iaitu perkara yang memaksa Abdulrazak Gurnah untuk ke negara Britain pada usia 18 tahun. Maka bermulalah kisah baharu dalam hidup Abdulrazak Gurnah di negara yang asing baginya iaitu Negara England. Disebabkan beliau baru umur setahun jagung baru, beliau terpaksa berhadapan dengan dengan pelbagai konflik kehidupan yang berlaku pada ketika itu. Sebagai contoh, kejadian kes pembunuhan, penindasan, pemberontakan dan pelbagai lagi, perkara ini sangat membimbangkannya kerana terjadi disebabkan bagi memenuhi kehendak dan matlamat diri sendiri. Pengaruh penjajah tetap berlaku dan ianya membawa kesan yang sangat buruk, itulah merupakan pencetus idea untuk beliau menulis. Beliau akan sentiasa mengingatkan masyarakat tentang sejarah buruk yang suatu ketika pernah dihadapinya. Banyak perkara yang telah terjadi dalam kehidupan beliau dan ini membuatkan beliau lebih bersemangat untuk terus menulis selepas berkongsi isu penjajahan dan keganasa yang berlaku ini.
Comments
Post a Comment