AKU MEMPUNYAI BISNES

 





                                              

                                                           AKU MEMPUNYAI BISNES


Ini kisah hidup aku yang bergelar seorang mahasiswa, seorang anak dan seorang stokis perniagaan vitamin c. Walaupun hidupku ini sudah cukup untuk aku tetapi aku lebih gemar akan menceburi diri dalam bidang perniagaan. Aku mempunya dua produk yang aku jual dan tahap perniagaanku tahap stokis kedua-duanya. Dengan berkat usaha Alhamdulillah aku dapat membeli apa yang aku mahu iaitu emas. aku seorang yang gemar akan emas. Fikiranku hanyalah untuk membeli emas kerana bagiku jika aku membeli emas ianya akan membawa pulangan kepadaku yang lumayan berbanding aku beli bag yang mahal. Jika aku terdesak suatu hatinanti emas itu dapat membantuku dan jika aku jenis yang suka pada bag, pakaian yang mahal-mahal yang membazir tidak laku dijual dengan harga aku beli. Oleh itu, aku lebih memilih emas berbanding benda lain. Hal ini jugamembuatkan hidup aku lebih berdikari dan matang. 

Sewaktu aku mula-mula berbisnes, aku tidak tahu selot belot tentang perniagaanku. Mula-mula sukar tetapi lama kelamaan menjadi suatu yang biasa bagiku. Dengan berkat usaha yang gigih membuatkan aku jadi seorang wanita yang kuat kerana bijak menguruskan masa dengan baik iaitu aku perlu seimbangkan pelajaranku dan perniagaanku.

Doa ibu sangatlah penting bagi menjadikan kehidupan seseorang yang akan lebih berkat dunia dan akhirat...

Comments