Posts

Minyak dagu

Image
                                      ​ Minyak Dagu - minyak ini boleh menundukkan sesiapa sahaja tidak kira siapa dan mengakibatkan seseorang daripada tidak suka menjadi suka. -yang tidak kenal menjadi kenal -meningkatkan nafsu syahwat pada kena pada seseorang yang dia suka.  -mampu meruntuhkan rumah tangga orang -yang tidak sayang menjadi sayang

NYAWA MELAYANG

Image
                                                   KEMALANGAN YANG MENGERIKAN Kejadian petang tadi yang melibatkan seorang wanita yang membawa kereta kelisa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian mengerikan apabila lori yang membawa simen ini telah terbalik secara tiba-tiba dan membuatkan lori itu terjerumus di atas kereta kelisa berwarna biru. Wanita itu telah meragut nyawa akibat kecederaan yang parah. Perkara ini telah mengilukan hati apabila melihat kejadian ini berlaku di depan mata.  Salam takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah disedekahkan...

AKU MEMPUNYAI BISNES

Image
                                                                                                            AKU MEMPUNYAI BISNES Ini kisah hidup aku yang bergelar seorang mahasiswa, seorang anak dan seorang stokis perniagaan vitamin c. Walaupun hidupku ini sudah cukup untuk aku tetapi aku lebih gemar akan menceburi diri dalam bidang perniagaan. Aku mempunya dua produk yang aku jual dan tahap perniagaanku tahap stokis kedua-duanya. Dengan berkat usaha Alhamdulillah aku dapat membeli apa yang aku mahu iaitu emas. aku seorang yang gemar akan emas. Fikiranku hanyalah untuk membeli emas kerana bagiku jika aku membeli emas ianya akan membawa pulangan kepadaku yang lumayan berbanding aku beli bag yang mahal. Jika aku terdes...

Malin Kundang

Image
  MALIN KUNDANG Kisah cerita Malin Kundang ini menceritakan seorang anak yang telah berjaya sehingga sanggup membuang ibu yang melahirkannya. Hal ini demikian kerana ibunya seorang yang miskin tegar. Malin sama sekali tidak mengakui perempuan yang datang pada majlis persepsi perkahwinannya itu ialah ibu kandungnya. Ibu menyapa dan Malin sama sekali tidak mengaku pada isterinya bahawa dia seorang orang yang miskin (gembel) dan mempunyai ibu. Hal ini membuatkan ibunya murka dan berdoa pada Allah swt. supaya anaknya itu bertukar menjadi baju. Akhirnya, Malin menjadi batu dan membuatkan isterinya terkejut bahawa suaminya telah bertukar menjadi batu. Kisah ini memberi pengajaran supaya jangan derhaka akan kedua ibu bapa dan harus membalas jasa mereka. Jika tiada beliau sudah pasti kita tidak akan wujud di dunia. Maka bersyukurlah bagi mereka yang mempunyai ibu bapa.

ANAK DERHAKA

Image
                                                                      ANAK PUNGUT Di era globalisasi ini, ramai antara anak muda yang berjaya sehingga melupakan ibu bapa mereka. Hal ini disaksikan oleh aku sendiri iaitu jiranku telah menghalau ibunya keluar daripada rumah selepas berkahwin. walaupun dia hanyalah anak yang dipelihara sejak lahir lagi dan bukan anak kandung tetapi susu yang mengalir dalam badannya telah menjadi halal bagi dirinya. Anaknya seperti kacang melupakan kulit.

KELEKATI PUN BERSAYAP

Image
KELEKATI PUN BERSAYAP                                               PENULIS: MOHAMAD KHOLID HAMZAH Novel ini berkisarkan seorang guru pendidikan khas yang bernama Rajedran atau lebih dikenali sebagai Simon yang masa kecilnya dia seorang pelajar yang nakal sehingga diberi notis oleh guru disiplin yang dikenali sebagai Haji Mujir. walaupun berbeza agama dan bangsa dia tetap membantu anak-anak kurang upaya yang tinggal di Cameron Highland. beliau seorang yang tidak mengharapkan ganjaran walaupun beliau sanggup menghabiskan duitnya untuk perbelanjaan harian anak-anak istimewa tersebut. Sehinggalah di penghujung nyawa beliau tetap memanfaatkan tubuh badan dengan bersedekah tubuh badannya untuk tujuan pelajar-pelajar sains untuk membuat ujikaji pembelajaran mereka. Maka jelaslah bahawa Simon seorang yang pemurah hati.

ABDULRAZAK GURNAH

Image
              ABDUL RAZAK GURNA H           Hadiah Novel merupakan penganugerahan bagi mereka yang telah melakukan penyelidikan yang pertama kalinya, telah mencipta teknik atau cara yang luar biasa atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Hadiah Novel yang umumnya akan dianugerahkan pada setiap tahun dalam beberapa-beberapa kategori. Sebagai contoh, kategori hadiah-hadiah Novel  ialah Hadiah Novel dalam Kesusasteraan, Hadiah  Novel dalam Kimia,  Hadiah Novel dalam Fisiologi atau Perubatan dan Hadiah Keamanan Novel. Hadiah Novel dalam Kesusasteraan merupakan pernghargaan tahunan dan dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang telah menghasilkan karya yang idealistik yang paling hebat dalam bidang kesusasteraan. Akademi Sweden pada setiap tahun akan memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober. Hadiah Novel kategori sastera dimenang...